Gambar awal keluarga Cikgu Husin:Gambar-gambar ni diambil di rumah berek klinik Rengit, Mak kata kena panggil 'tukang gambar' ke rumah pada masa tu kerana kamera memang mahal, tak semua orang mampu beli kamera. Rambut Mak memang panjang, sampai paras lutut. Kakak aku (Roslin) berambut pendek stail budak-budak masa tu, kalau diperhatikan fabrik dan potongan baju dia tu yang unik.
Aku masih kecil sangat, mungkin dalam setahun sahaja pada masa itu, aku masih ingat duduk depan TV (pun jarang orang miliki masa tu) tengok rancangan 'Panggung Rakyat', logo rancangan tu adalah rebana ubi. Malam sabtu (hari jumaat), rumah aku tentu penuh dengan jiran dan keluarga yang nak tengok filem melayu yang ditayangkan. Tengok dalam gelap seperti tengok filem, habis cerita je rumah bersepah macam dalam panggung jugak. Kadang-kadang sepupu aku tidur kat rumah aku malam tu pasal tak berani nak balik, terutamanya jika filem yang ditayangkan tu cerita hantu.


0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home