Gambar adik beradik ku yang awal, walaupun Poksu Atan adalah pakcik aku tapi dia dijaga oleh Mak sejak kecil lagi
. Kudin (nama sebenarnya Amran) adalah anak angkat keluargaku yang dibela sejak kecil, dia sebenarnya anak Mak Jemah (sepupu Mak). Nama Kudin tu ada sejarahnya, masa aku kat rumah berek klinik, ada dua orang kembar anak jiran kami (Mak Mah), seorang bergelar 'Kontak' (kepala kotak) dan seorang lagi 'Kujur' (kepala bujur) diberikan untuk membezakan kedua-duanya, maka Kudin mendapat namanya. Aku sendiri bernama 'Kujan' tak tau kenapa mungkin kerana aku suka main hujan atau evolusi dari nama Rizal-Kujal-Kujan.
Gambar ini pun diambil dihadapan rumah Atuk Abah di Sungai Dulang. Kak Lin bergaun oren sambil memegang tabung ikan kuat-kuat dan bermuka masam, tak tau kenapa...tapi itulah karater dalam gambar ni yang paling aku dan orang lain ingat.


0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home