Selepas tamat darjah enam, aku ditawarkan untuk menyertai program 'Rancangan Khas' di Sekolah Dato' Bentara Luar (SDBL) di Batu Pahat. Ianya satu titik permulaan sebelum hampir seluruh zaman persekolahan menengahku dihabiskan di tiga sekolah berasrama.Ini gambar aku dan beberapa orang sahabat se'dorm'ku (dari kanan: Hairuddin, Aku, Farid, Jali dan Shahlan kalau tak silap). Gambar ni diambil pagi; sebab aku dah pakai baju sekolah agama (begitu juga Jali). Masa tu aku darjah Lima Alif di Sekolah Agama Kg Kenangan Dato' Onn, tapi aku tak rajin pergi sekolah agama sebab nak ke sekolah tu aku kena berjalan hampir 3 kilometer. Satu tindakan yang aku agak kesal sampai sekarang, sebab ponteng sekolah agama aku pernah kena 'pow' dekat Fajar, Batu Pahat. Masa tu aku baru keluarkan duit aku RM 50 untuk bayar duit asrama, benda ni jadi kes polis jadi terbongkarlah semua cerita aku ponteng tu. Ayah aku sangat marah sampai ada ura-ura nak berhentikan aku dari duduk asrama.
Selepas tingkatan dua, aku terpaksa rajin sedikit pasal nak pujuk ayah aku, akhirnya aku dapat jadi pelajar terbaik kelas aku 'RK2', lepas tu ayah tak marah sangat tapi tekanan untuk menghadapi peperiksaan SRP begitu tinggi; tambahan pulak pengetua baru sekolah aku tu adalah anak murid ayah aku.
Banyak kenangan pahit dan manis bersekolah di SDBL. Ramai manusia dengan pelbagai ragam aku kenali secara dekat dan jauh. Aku amat menghargai segala pengalaman hidup tersebut. Aku amat berterima kasih kepada semua insan-insan yang hadir di dalam perjalanan kehidupan aku terutama guru-guru dan bekas rakan-rakan seperjaunganku.


0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home