Monday, March 26, 2007



Setelah tamat tingkatan 3 di SDBL dan mendapat keputusan yang agak baik di dalam SRP (Sijil Rendah Pelajaran), aku ditawarkan untuk memasuki Sekolah Sains Tuanku Ja'afar (STJ) di, Gentam, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Ada lebih kurang 3 orang pelajar SDBL yang ditawarkan ke STJ. Sebelum tu aku dapat juga tawaran untuk masuk ke MRSM Jasin di Melaka tapi pasal nak kurangkan beban ayah aku aku rela masuk STJ.


Di STJ aku masuk kelas Darwin, tapi kebanyakan kawan baik aku budak-budak kelas Curie. Dalam gambar ni aku dan beberapa orang kawan baik aku di STJ. Dari kanan; Yusuf Aris, Samsuddin Sulaiman, Aku dan Bob (nama sebenar aku tak ingat). Dua orang yang berdiri tu sedang tunjuk lokasi AS 6, dorm diorang. Gambar ni di ambil masa kami sedang ambil SPM (Sijil Pelajaran Malaysia). 'Signboard' ni dekat pintu masuk STJ dan ada lembah sungai di situ.


Macam biasa kat Kuala Pilah selalu je kemarau (kawasan terkering di Malaysia), biasanya kalau takde air kami akan ke sungai atau kolam orang-orang kampung sekitar sekolah. Memang payah tapi itu semua mengajar kami tentang erti keperitan hidup masyarakat bila keperluan susah untuk diperolehi.


Biarpun mulanya agak sukar untuk memulakan kehidupan di sekolah baru tapi aku akhiranya begitu menghargai pengalaman pahit dan manis di STJ.

Gambar ni pula di ambil ketika kami mengikuti lawatan ke Universiti Pertanian Malaysia(UPM, kini Universiti Putra). Aku orang yang ketiga berdiri dari kiri. Alat yang dibelakang kami masa tu adalah 'Mikroskop Elektron', satu-satunya mikroskop (pada masa itu) untuk melihat virus.
Kesemua kawan-kawan aku budak SDBL yang masuk STJ ada dalam gambar ni; Ezanee Mokhtar (berdiri sebelah kiri mikroskop) dan Mohd Farid Daim (paling kanan). Dia orang ni lah kawan-kawan aku bila balik kampung.
Masa tu aku ada terfikir juga nak masuk UPM lepas tamat pengajian kerana Biologi adalah subjek 'favourite' aku, tapi tak tau la kenapa aku tak mintak pun UPM masa isi borang UPU.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home