Tuesday, April 03, 2007

Gambar aku dan Mohd Asri Ibrahim ketika menjadi AJKK Pameran HBP 1990 (tahun pertama aku di HBP,USM). Ketika ini aku mula menyedari yang kita boleh dilihat melalui beberapa lapisan atau sudut pandangan. Sebagai insan biasa, sebagai pelajar universiti, sebagai pelajar senibina dan beberapa sudut pandangan lain. Namun untuk ruangan ini aku akan menumpukan dari sudut aku sebagai pelajar senibina.
Ketika mula-mula menjejakkan kaki ke HBP, aku sebenarnya berbelah bagi samada untuk menjadi memilih jurusan senibina atau pereka-bentuk industri. Untungnya di HBP kami tidak terus diminta memilih pengkhususan di tahun pertama dan kedua jadi aku mempunyai dua tahun untuk memilih jurusan berlandaskan kecenderungan dan minat. Aku akhirnya memilih jurusan Senibina kerana minat, seperti yang digambarkan di dalam gambar ini, ketika di tahun pertama aku dah terlibat di dalam pameran senibina. Secara kebetulan aku dan Asri kini menjadi pensyarah senibina. Kalau diperhatikan lukisan di belakang kami adalah kajian 'precedent' tentang Richard Rogers. Aku pun tak berapa 'kenal' sangat arkitek-arkitek pada masa tu tapi sebagai 'penjaga pameran' kami terpaksa juga memberi penerangan seberapa yang mampu.

Gambar kedua pula adalah gambar aku dan dua orang teman Studio RUS 101 aku yang telah memenangi anugerah studio terbersih. Sebagai pelajar senibina aku memang banyak menghabiskan masa di Studio, pendek kata kalau sehari tak ke studio tak lengkaplah hidup aku. Studio 1 pada waktu tu memang panas sikit sebab tiada penghawa dingin, jadi Azman Yahya (Mang-ringkasan Mangganu-Azman Terengganu) pakai singlet je, aku pulak berbaju ala GQ dengan 'buckle' besi yang mengambarkan aliran muzik 'rock and roll' yang aku minati. Asri pulak berbaju biasa sahaja. Kami (aku dan Asri) mula rapat bila sama-sama mengambil pengkhususan Bio-Fizik ketika di Matrik 2. Mang dan Asri pula bekas pelajar-pelajar MRSM. Terdapat beberapa orang lagi teman-teman rapat aku yang memang jelas kecenderungannya terhadap senibina biarpun di tahun pertama; Tg Azhan, Azman Jamrin, Khairul Hisyam dan Amir Hamzah di antaranya.

Ketika itu kami tengah sibuk menyiapkan projek 'Dinding/Wall' di bawah penyeliaan En Wan Burhanuddin, secara jujur kami ketika itu sangat tidak faham apa yang En.Wan mahu tapi kami ikutkan je; kini baru aku faham apa yang En Wan maksudkan, beliau sebenarnya ingin menjadikan kami berfikir secara 'independent'. Mungkin jika ada masa aku akan ceritakan lagi apa aku buat di studio dan apa yang aku belajar dengan lebih teliti, kerana ianya wajar dikongsikan bersama.
Yang paling membakar semangatku adalah 'penghargaan tinggi' yang diberikan terhadap skulptur 'Back to the Nature' yang aku hasilkan oleh Prof. McKennon (professor jemputan dari Scotland). Ianya membuat aku sedar tentang satu lapisan di dalam diriku yang harus dikeluarkan/dikupas bagi memajukan senibina secara zahir dan batin.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home