Ketika di dalam pengajian Senibina, Studio adalah tempat untuk segala-galanya kerana biasanya pelajar senibina akan menghabiskan hampir keseluruhan masanya di sana. Dalam gambar ni aku sedang bersantai di Studio, kalau tak silap aku mungkin lepas submission sebab studio masih berserabut tapi orang di studio nampak segar je.Sebelah kanan aku dalam gambar ni adalah Mang-ganu; presiden kelab 'anak durhaka' yang tak balik kampung biarpun Hari Raya Aidilfitri. Sepanjang pengajian aku cuma sekali aku tak balik raya pasal tak dapat tiket bas nak balik ke Penang sedangkan kami ada exam pada hari raya ke tiga. Masa tu Mang, Aku dan Idris duduk kat Desasiswa Bakti, sebelum pegi sembahyang raya kami masak ketupat segera dalam rice cooker 'korum' kitaorang....nak dijadikan cerita ketupat tu tak masak-masak pasal masalah teknikal sebab tak baca instruction cara penyediaan ketupat tu. Rendang pulak kami beli rendang dalam tin je, nasib baik ada jamuan raya kat masjid USM so merasa jugak la kami makan ketupat tahun tu.
Sebelah kiri aku pulak Ismail Abd Rahman, orang Taib Andak Kulai (kampung Mawi). Mael memang sentiasa berpakaian kemas tak macam aku dengan Mang. Mael aktif dalam aktiviti kebudayaan sebab dia pandai menari. Kalau ada kesempatan nanti aku akan ceritakan lagi pasal Mael sebab kami sebenarnya banyak berkongsi pengalaman, dahla senegeri kelahiran, satu jurusan, housemate pulak tu dan pernah sama-sama kena 'retrench' masa kegawatan ekonomi dulu.
Dekat belakang tu (tak nampak muka) dalah Jason Adam Roslani, eorang lagi kawan se-studio aku. Studio dalam gambar ni sebenarnya berada di dalam keadaan 'normal' sebab bersepah dan tak tersusun. Biasanya pelajar akan memilih satu sudut dan men'personal'kan ruang masing-masing (lihat banner, poster dan sketches di tampal atas board). Itulah menjadikan ruangan tu sangat istimewa.
Dalam ramai-ramai kawan sestudio aku ada seorang je yang jarang datang studio, Ahmad Khaisi namanya. Dia selalunya akan balik kampung kalau takde kelas atau studio hinggakan kalau dalam exam weekpun dia akan balik kampung biarpun gap ke paper seterusnya cuma satu hari. Kampung dia bukan dekat pulak tu ....Kota Baharu. Meja depan kitorang itula meja Khaisi, bersih dan bersinar tetapi sebenarnya sangat menarik kerana di atasnya tertulis bermacam-macam nota dan nasihat dari rakan-rakan sestudio menasihatkan Khaisi agar datang ke studio. Yang aku ingat aku cuma pernah tulis madah yang ringkas bagi menggambarkan pandangan aku tentang PERSEPSI SENIBINA Khaisi:
BUS IS A MACHINE TO GO HOME Yang menariknya ada ramai junior yang nak berkenalan sangat dengan 'Abang Khaisi' ni setelah melawat studio kami dan menghabiskan masa membaca tulisan-tulisan di atas 'drafting board' Khaisi. Biarpun Khaisi tak datang studio dunia senibinanya tetap terpampang di studio. Begitu uniknya studio dan dunia senibina kami.
Labels: Studio dan Duniaku

