Gambar ini diambil di sekitar Balik Pulau dalam minggu peperiksaan masa kami di tahun akhir pengajian di HBP. Satu pekara lagi yang aku sedar, pelajar senibina selalunya rajin berjalan dan yang lebih menariknya kami masih mampu merayau biarpun di minggu peperiksaan, mungkin kerana kesibukan studio atau kerana peratusan peperiksaan subjek-subjek kami kebanyakanya sedikit (40%paling tinggi), jadi kami ada banyak coursework (60%). Pernah sekali tu kami ronda dari Penang sampai ke Alor Setar, Langgar, Pokok Sena, Gajah Mati, Naka dan lalu jalan lain balik ikut Baling, Sungai Petani dalam satu hari. Sepanjang perjalanan tu kami layan kaset Cranberries dan Absolute Alternative yang tengah hangat masa tu.
Paling kiri adalah Jason Adam, 'pemandu rasmi' kerana dia sahajalah budak Melayu yang pakai kereta di kalangan kawan-kawan sestudio kami. Jason memandu kereta volvo 240 warna hijau so kamipun tumpanglah ramai-ramai. Jason budak Kelana Jaya dan dikalangan budak Melayu sestudio dialah yang mula-mula sekali dapat Part 3.
Sebelah Jason adalah Khairul Hisham, budak Tanjung Ipoh, Kuala Pilah. Hisham ni mat smart dan sangat 'perfectionist' dalam design. Pernah sekali kami gossipkan dia dengan 'Awek Helmet', tapi aku tak tahu apa kesudahan 'percintaan' mereka tu. Awek tu OK cuma hairannya dia akan datang studio kami pakai helmet atau bawak helmet so sebab tula lekat nama 'awek helmet' tu.
Aku yang ketiga dari kiri dan sebelah aku Fahzal Ariffin, kalau tak silap aku berasal dari Seremban NS tapi menetap di KL. Fahzal agak 'mature' berbanding kami tapi boleh tahan jugak kelakar orangnya, selalunya berambut panjang dan aktif dalam persatuan mahasiswa NS (PEMANIS) so ada ramai jugak peminat.

Gambar ni diambil ketika studio kami membuat lawatan ke Singapore. Perhatikan gaya posing dan kedudukan gambar ini diambil, kami dalam masa yang sama cuba merakamkan 'kehebatan' bangunan berbanding dengan 'aktor-aktor' di dalam gambar tu (sebab itulah kami terpaksa duduk kerana seberapa mungkin bangunan adalah 'seorang' lagi aktor di dalam gambar ini). Gambar yang di ambil selalunya menekankan tentang bangunan dan bukan orangnya malah kebanyakan filem kami ada lebih banyak gambar bangunan berbanding manusia.
Dalam gambar ni paling kiri adalah Tengku Azhan (Tanjung), kedua aku kemudian Asri dan paling kanan Mael. Tanjung dapat nama dia kerana huruf 'Tg.' dihadapan nama dia malah nama gelaran tu dah digunakan sejak dia sekolah lagi. Tanjung budak JB, sekolah EC sebelum ke MRSM Jasin dan seperti Asri, kami bersama-sama mengambil Bio-Fizik ketika Matrik.
Senibina mestilah dialami(experience) untuk difahami, belajar senibina dari buku semata adalah mustahil dan kalau jadipun senibina itu akan 'tipis' macam buku tersebut. Banyak berjalan luas pemandangan dan kalau boleh 'berjalan' tu adalah pada kelajuan manusia berjalan kerana banyak 'detail' yang hilang jika kita berjalan terlalu laju.

