Saturday, July 12, 2008

Gambar ini diambil di sekitar Balik Pulau dalam minggu peperiksaan masa kami di tahun akhir pengajian di HBP. Satu pekara lagi yang aku sedar, pelajar senibina selalunya rajin berjalan dan yang lebih menariknya kami masih mampu merayau biarpun di minggu peperiksaan, mungkin kerana kesibukan studio atau kerana peratusan peperiksaan subjek-subjek kami kebanyakanya sedikit (40%paling tinggi), jadi kami ada banyak coursework (60%).

Pernah sekali tu kami ronda dari Penang sampai ke Alor Setar, Langgar, Pokok Sena, Gajah Mati, Naka dan lalu jalan lain balik ikut Baling, Sungai Petani dalam satu hari. Sepanjang perjalanan tu kami layan kaset Cranberries dan Absolute Alternative yang tengah hangat masa tu.

Paling kiri adalah Jason Adam, 'pemandu rasmi' kerana dia sahajalah budak Melayu yang pakai kereta di kalangan kawan-kawan sestudio kami. Jason memandu kereta volvo 240 warna hijau so kamipun tumpanglah ramai-ramai. Jason budak Kelana Jaya dan dikalangan budak Melayu sestudio dialah yang mula-mula sekali dapat Part 3.

Sebelah Jason adalah Khairul Hisham, budak Tanjung Ipoh, Kuala Pilah. Hisham ni mat smart dan sangat 'perfectionist' dalam design. Pernah sekali kami gossipkan dia dengan 'Awek Helmet', tapi aku tak tahu apa kesudahan 'percintaan' mereka tu. Awek tu OK cuma hairannya dia akan datang studio kami pakai helmet atau bawak helmet so sebab tula lekat nama 'awek helmet' tu.

Aku yang ketiga dari kiri dan sebelah aku Fahzal Ariffin, kalau tak silap aku berasal dari Seremban NS tapi menetap di KL. Fahzal agak 'mature' berbanding kami tapi boleh tahan jugak kelakar orangnya, selalunya berambut panjang dan aktif dalam persatuan mahasiswa NS (PEMANIS) so ada ramai jugak peminat.

Gambar ni diambil ketika studio kami membuat lawatan ke Singapore. Perhatikan gaya posing dan kedudukan gambar ini diambil, kami dalam masa yang sama cuba merakamkan 'kehebatan' bangunan berbanding dengan 'aktor-aktor' di dalam gambar tu (sebab itulah kami terpaksa duduk kerana seberapa mungkin bangunan adalah 'seorang' lagi aktor di dalam gambar ini). Gambar yang di ambil selalunya menekankan tentang bangunan dan bukan orangnya malah kebanyakan filem kami ada lebih banyak gambar bangunan berbanding manusia.

Dalam gambar ni paling kiri adalah Tengku Azhan (Tanjung), kedua aku kemudian Asri dan paling kanan Mael. Tanjung dapat nama dia kerana huruf 'Tg.' dihadapan nama dia malah nama gelaran tu dah digunakan sejak dia sekolah lagi. Tanjung budak JB, sekolah EC sebelum ke MRSM Jasin dan seperti Asri, kami bersama-sama mengambil Bio-Fizik ketika Matrik.

Senibina mestilah dialami(experience) untuk difahami, belajar senibina dari buku semata adalah mustahil dan kalau jadipun senibina itu akan 'tipis' macam buku tersebut. Banyak berjalan luas pemandangan dan kalau boleh 'berjalan' tu adalah pada kelajuan manusia berjalan kerana banyak 'detail' yang hilang jika kita berjalan terlalu laju.





Sunday, May 25, 2008

Ketika di dalam pengajian Senibina, Studio adalah tempat untuk segala-galanya kerana biasanya pelajar senibina akan menghabiskan hampir keseluruhan masanya di sana. Dalam gambar ni aku sedang bersantai di Studio, kalau tak silap aku mungkin lepas submission sebab studio masih berserabut tapi orang di studio nampak segar je.

Sebelah kanan aku dalam gambar ni adalah Mang-ganu; presiden kelab 'anak durhaka' yang tak balik kampung biarpun Hari Raya Aidilfitri. Sepanjang pengajian aku cuma sekali aku tak balik raya pasal tak dapat tiket bas nak balik ke Penang sedangkan kami ada exam pada hari raya ke tiga. Masa tu Mang, Aku dan Idris duduk kat Desasiswa Bakti, sebelum pegi sembahyang raya kami masak ketupat segera dalam rice cooker 'korum' kitaorang....nak dijadikan cerita ketupat tu tak masak-masak pasal masalah teknikal sebab tak baca instruction cara penyediaan ketupat tu. Rendang pulak kami beli rendang dalam tin je, nasib baik ada jamuan raya kat masjid USM so merasa jugak la kami makan ketupat tahun tu.

Sebelah kiri aku pulak Ismail Abd Rahman, orang Taib Andak Kulai (kampung Mawi). Mael memang sentiasa berpakaian kemas tak macam aku dengan Mang. Mael aktif dalam aktiviti kebudayaan sebab dia pandai menari. Kalau ada kesempatan nanti aku akan ceritakan lagi pasal Mael sebab kami sebenarnya banyak berkongsi pengalaman, dahla senegeri kelahiran, satu jurusan, housemate pulak tu dan pernah sama-sama kena 'retrench' masa kegawatan ekonomi dulu.

Dekat belakang tu (tak nampak muka) dalah Jason Adam Roslani, eorang lagi kawan se-studio aku. Studio dalam gambar ni sebenarnya berada di dalam keadaan 'normal' sebab bersepah dan tak tersusun. Biasanya pelajar akan memilih satu sudut dan men'personal'kan ruang masing-masing (lihat banner, poster dan sketches di tampal atas board). Itulah menjadikan ruangan tu sangat istimewa.

Dalam ramai-ramai kawan sestudio aku ada seorang je yang jarang datang studio, Ahmad Khaisi namanya. Dia selalunya akan balik kampung kalau takde kelas atau studio hinggakan kalau dalam exam weekpun dia akan balik kampung biarpun gap ke paper seterusnya cuma satu hari. Kampung dia bukan dekat pulak tu ....Kota Baharu. Meja depan kitorang itula meja Khaisi, bersih dan bersinar tetapi sebenarnya sangat menarik kerana di atasnya tertulis bermacam-macam nota dan nasihat dari rakan-rakan sestudio menasihatkan Khaisi agar datang ke studio. Yang aku ingat aku cuma pernah tulis madah yang ringkas bagi menggambarkan pandangan aku tentang PERSEPSI SENIBINA Khaisi:
BUS IS A MACHINE TO GO HOME
Yang menariknya ada ramai junior yang nak berkenalan sangat dengan 'Abang Khaisi' ni setelah melawat studio kami dan menghabiskan masa membaca tulisan-tulisan di atas 'drafting board' Khaisi. Biarpun Khaisi tak datang studio dunia senibinanya tetap terpampang di studio. Begitu uniknya studio dan dunia senibina kami.










Labels:

Tuesday, April 03, 2007

Gambar aku dan Mohd Asri Ibrahim ketika menjadi AJKK Pameran HBP 1990 (tahun pertama aku di HBP,USM). Ketika ini aku mula menyedari yang kita boleh dilihat melalui beberapa lapisan atau sudut pandangan. Sebagai insan biasa, sebagai pelajar universiti, sebagai pelajar senibina dan beberapa sudut pandangan lain. Namun untuk ruangan ini aku akan menumpukan dari sudut aku sebagai pelajar senibina.
Ketika mula-mula menjejakkan kaki ke HBP, aku sebenarnya berbelah bagi samada untuk menjadi memilih jurusan senibina atau pereka-bentuk industri. Untungnya di HBP kami tidak terus diminta memilih pengkhususan di tahun pertama dan kedua jadi aku mempunyai dua tahun untuk memilih jurusan berlandaskan kecenderungan dan minat. Aku akhirnya memilih jurusan Senibina kerana minat, seperti yang digambarkan di dalam gambar ini, ketika di tahun pertama aku dah terlibat di dalam pameran senibina. Secara kebetulan aku dan Asri kini menjadi pensyarah senibina. Kalau diperhatikan lukisan di belakang kami adalah kajian 'precedent' tentang Richard Rogers. Aku pun tak berapa 'kenal' sangat arkitek-arkitek pada masa tu tapi sebagai 'penjaga pameran' kami terpaksa juga memberi penerangan seberapa yang mampu.

Gambar kedua pula adalah gambar aku dan dua orang teman Studio RUS 101 aku yang telah memenangi anugerah studio terbersih. Sebagai pelajar senibina aku memang banyak menghabiskan masa di Studio, pendek kata kalau sehari tak ke studio tak lengkaplah hidup aku. Studio 1 pada waktu tu memang panas sikit sebab tiada penghawa dingin, jadi Azman Yahya (Mang-ringkasan Mangganu-Azman Terengganu) pakai singlet je, aku pulak berbaju ala GQ dengan 'buckle' besi yang mengambarkan aliran muzik 'rock and roll' yang aku minati. Asri pulak berbaju biasa sahaja. Kami (aku dan Asri) mula rapat bila sama-sama mengambil pengkhususan Bio-Fizik ketika di Matrik 2. Mang dan Asri pula bekas pelajar-pelajar MRSM. Terdapat beberapa orang lagi teman-teman rapat aku yang memang jelas kecenderungannya terhadap senibina biarpun di tahun pertama; Tg Azhan, Azman Jamrin, Khairul Hisyam dan Amir Hamzah di antaranya.

Ketika itu kami tengah sibuk menyiapkan projek 'Dinding/Wall' di bawah penyeliaan En Wan Burhanuddin, secara jujur kami ketika itu sangat tidak faham apa yang En.Wan mahu tapi kami ikutkan je; kini baru aku faham apa yang En Wan maksudkan, beliau sebenarnya ingin menjadikan kami berfikir secara 'independent'. Mungkin jika ada masa aku akan ceritakan lagi apa aku buat di studio dan apa yang aku belajar dengan lebih teliti, kerana ianya wajar dikongsikan bersama.
Yang paling membakar semangatku adalah 'penghargaan tinggi' yang diberikan terhadap skulptur 'Back to the Nature' yang aku hasilkan oleh Prof. McKennon (professor jemputan dari Scotland). Ianya membuat aku sedar tentang satu lapisan di dalam diriku yang harus dikeluarkan/dikupas bagi memajukan senibina secara zahir dan batin.

Wednesday, March 28, 2007


Selepas tamat SPM di STJ di Kuala Pilah(kawasan terkering di semenanjung) aku ditawarkan mengikuti program Matrikulasi USM(Universiti Sains Malaysia) di Sekolah Raja Tun Azlan Shah (SERATAS) di Taiping(kawasan terbasah).

Gambar ini menunjukkan aku bersama pelajar-pelajar Matrik Zuhrah bersama guru kelas kami Ms. Pariza Ajam (aku pelajar lelaki paling kiri). Kalau tak silap aku tak kurang 4 orang dalam gambar ni menjadi doktor sekarang ini, ada yang jadi ahli farmasi, pilot, pegawai tentera dan tak kurang juga yang kini menabur bakti menjadi guru.

SERATAS memang sebuah sekolah yang indah terutama dengan kedudukanya di kaki Bukit Larut. Kali pertama aku sampai di Taiping, aku terpegun dengan keindahan taman tasiknya. Satu je yang tak bestnya dekat sini, hampir setiap hari hujan jadi susah sedikit nak bersukan bila petang, peliknya masih berlaku juga kejadian 'takde air' di kawasan terbasah di semenanjung Malaysia ni. Biasanya kami akan ke jeram sungai berhampiran sekolah untuk mandi, cuma payahnya bila nak mandi pagi....airnya sejuk sangat.
Gambar kedua pula ketika aku mewakili SERATAS ke Pameran dan Kuiz Sains Matrikulasi di USM. Aku dan beberapa pelajar kelasku Haryati Rofik, Irmi dan Fadillah memilih topik 'Bentuk Geometri di dalam Kehidupan' untuk dipamerkan. Satu peristiwa yang agak bersejarah di dalam mementukan arah tuju hidupku kerana dari pusat matrik ini aku ternampak Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan dan aku mula mengetahui yang USM menawarkan program Senibina.
Dalam gambar ni aku sedang memberi penerangan kepada TNC USM ketika itu Dato' Dr Ishak Tambi Kechik, Dr Suhaimi (timbalan pengarah pusat matrik), Dr Zainuddin (pengarah pusat matrik ketika itu).
Biarpun singkat, SERATAS banyak meninggalkan kenangan manis kepadaku.

Monday, March 26, 2007



Setelah tamat tingkatan 3 di SDBL dan mendapat keputusan yang agak baik di dalam SRP (Sijil Rendah Pelajaran), aku ditawarkan untuk memasuki Sekolah Sains Tuanku Ja'afar (STJ) di, Gentam, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Ada lebih kurang 3 orang pelajar SDBL yang ditawarkan ke STJ. Sebelum tu aku dapat juga tawaran untuk masuk ke MRSM Jasin di Melaka tapi pasal nak kurangkan beban ayah aku aku rela masuk STJ.


Di STJ aku masuk kelas Darwin, tapi kebanyakan kawan baik aku budak-budak kelas Curie. Dalam gambar ni aku dan beberapa orang kawan baik aku di STJ. Dari kanan; Yusuf Aris, Samsuddin Sulaiman, Aku dan Bob (nama sebenar aku tak ingat). Dua orang yang berdiri tu sedang tunjuk lokasi AS 6, dorm diorang. Gambar ni di ambil masa kami sedang ambil SPM (Sijil Pelajaran Malaysia). 'Signboard' ni dekat pintu masuk STJ dan ada lembah sungai di situ.


Macam biasa kat Kuala Pilah selalu je kemarau (kawasan terkering di Malaysia), biasanya kalau takde air kami akan ke sungai atau kolam orang-orang kampung sekitar sekolah. Memang payah tapi itu semua mengajar kami tentang erti keperitan hidup masyarakat bila keperluan susah untuk diperolehi.


Biarpun mulanya agak sukar untuk memulakan kehidupan di sekolah baru tapi aku akhiranya begitu menghargai pengalaman pahit dan manis di STJ.

Gambar ni pula di ambil ketika kami mengikuti lawatan ke Universiti Pertanian Malaysia(UPM, kini Universiti Putra). Aku orang yang ketiga berdiri dari kiri. Alat yang dibelakang kami masa tu adalah 'Mikroskop Elektron', satu-satunya mikroskop (pada masa itu) untuk melihat virus.
Kesemua kawan-kawan aku budak SDBL yang masuk STJ ada dalam gambar ni; Ezanee Mokhtar (berdiri sebelah kiri mikroskop) dan Mohd Farid Daim (paling kanan). Dia orang ni lah kawan-kawan aku bila balik kampung.
Masa tu aku ada terfikir juga nak masuk UPM lepas tamat pengajian kerana Biologi adalah subjek 'favourite' aku, tapi tak tau la kenapa aku tak mintak pun UPM masa isi borang UPU.

Tuesday, March 20, 2007

Selepas tamat darjah enam, aku ditawarkan untuk menyertai program 'Rancangan Khas' di Sekolah Dato' Bentara Luar (SDBL) di Batu Pahat. Ianya satu titik permulaan sebelum hampir seluruh zaman persekolahan menengahku dihabiskan di tiga sekolah berasrama.

Ini gambar aku dan beberapa orang sahabat se'dorm'ku (dari kanan: Hairuddin, Aku, Farid, Jali dan Shahlan kalau tak silap). Gambar ni diambil pagi; sebab aku dah pakai baju sekolah agama (begitu juga Jali). Masa tu aku darjah Lima Alif di Sekolah Agama Kg Kenangan Dato' Onn, tapi aku tak rajin pergi sekolah agama sebab nak ke sekolah tu aku kena berjalan hampir 3 kilometer. Satu tindakan yang aku agak kesal sampai sekarang, sebab ponteng sekolah agama aku pernah kena 'pow' dekat Fajar, Batu Pahat. Masa tu aku baru keluarkan duit aku RM 50 untuk bayar duit asrama, benda ni jadi kes polis jadi terbongkarlah semua cerita aku ponteng tu. Ayah aku sangat marah sampai ada ura-ura nak berhentikan aku dari duduk asrama.

Selepas tingkatan dua, aku terpaksa rajin sedikit pasal nak pujuk ayah aku, akhirnya aku dapat jadi pelajar terbaik kelas aku 'RK2', lepas tu ayah tak marah sangat tapi tekanan untuk menghadapi peperiksaan SRP begitu tinggi; tambahan pulak pengetua baru sekolah aku tu adalah anak murid ayah aku.

Banyak kenangan pahit dan manis bersekolah di SDBL. Ramai manusia dengan pelbagai ragam aku kenali secara dekat dan jauh. Aku amat menghargai segala pengalaman hidup tersebut. Aku amat berterima kasih kepada semua insan-insan yang hadir di dalam perjalanan kehidupan aku terutama guru-guru dan bekas rakan-rakan seperjaunganku.

Tuesday, November 15, 2005

Gambar volkswagen ayah (MB 7883) ketika berwarna putih, aku ingat kereta ni dah berwarna hijau ketika ayah menjualnya. Gambar ni diambil di tapak yang kini menjadi halaman rumah Pak Mat aku di Parit Hj Salam , Simpang Renggam.
Kami dengan kereta ni sering ke sana setiap malam Jumaat kerana Atuk Abah dan Atuk Mak membuka tanah di sana.


Gambar ketika sibuk nak berhari raya masa di rumah Rengit:

Adik beradikku menyibuk ketika Mak sibuk membuat ketupat dan lepat, paling bawah adalah adiku A'aa (Radha), Aku sedang memegang daun, perhatikan Rudi yang berdirihampir seiras dengan aku dan Kudin yang memegangku dari belakang. Mak dibantu oleh Mak Ninah dan seorang perempuan mungkin sepupuku(tak pasti siapa). Ayah berjalan menaiki tangga ke rumah atas. Sebenarnya rumah kami ada dua bahagian, atas dan bawah, rumah atas kesemuanya kayu dan rumah bawah separuh batu dan separuh kayu.

Tin biskut bersusun di tepi tangga kerana masa tu Mak rajin dan berkesempatan buat kuih raya sendiri. Kami ada membela beberapa ekor kucing, yang paling aku ingati adalah 'Manis' yang paling lama kami bela dan meninggalkan beberapa generasi.

Gambar di kedai photo di Batu Pahat; gambar ni menggambarkan keluarga kami yang semakin membesar, adik aku Rudi yang duduk disebelahku sambil memakai kasut terbalik, dia meninggi sangat cepat sehingga ramai yang ingat aku dan dia adalah kembar seiras.
Kudin memakai 'bush jacket' ala menteri yang dibeli di Singapura, aku pun ada sepasang baju ni tapi tak dipakai masa ini.
Kak Lin semakin nampak ke'cina'an dengan baju dan rambut potongan ala amoi. Ayah dan Mak agak 'berisi' pada masa tu. Ada beberapa lagi gambar begini tapi tak tau la ke mana perginya.